Monday 21 November 2011

*Park+Song=?(Episode enam)*


Balik ke situasi Song Joong Ki,,,
            
“nae… nae… gomawo…” Joong Ki melayan peminatnya. Tetapi dia tidak terperasan langsung yang gadis yang bersamanya tadi sudah pun menghilangkan diri. Pelayan tadi menegur Joong Ki secara mengejut sambil membawa sedulang makanan.

            “Song Joong Ki-ssi,” semua yang berkumun itu mula memberi ruang kepada pelayan tersebut.

           “Nina-ssi, this…” perkataan Joong Ki tersekat semasa menghulurkan makanan itu dan terlihat pada tempat duduknya yang sudah kosong dari setengah jam yang lalu. Joong Ki mula menjadi tidak keruan. Dia bangun dan melihat sekeliling tempat duduknya dan bertanya sesuatu kepada Fannya itu.

            “ada nampak perempuan yang duduk sekali dengan saya tadi?” tanya Joong Ki yang sudah tidak keruan itu. Gelabah kot!

            “tak.” Jawab mereka serentak. Setelah itu, Joong Ki mula terfikir yang Nina sudah menjauhkan diri darinya kerana dia tidak menghiraukan langsung tentang perempuan itu tadi. Joong Ki keluar dari restoran itu dan melihat sekeliling.

            “aish! sudahlah tempat ini agak banyak bangunan. Mudah tersesat tahu kalau sesiapa yang baru datang kesini dengan pertama kali.” Rungut Joong Ki. Tetapi dengan rungutan itu, Joong Ki bertekad untuk mencari perempuan tadi sampai jumpa.

           “Nina-ssi!! Nina-ssi!!” laung Joong Ki setelah satu tempat ke satu tempat di laungnya. Tetapi setelah lima minit mencari, Joong Ki telah pun jumpa Nina. Tetapi Nina bertemu seseorang. Joong Ki hanya memandang mereka dari jauh.

“adakah itu… Jo Kwang Min?” terdetik tiba-tiba dihati Joong Ki mengatakan itu adalah Kwang Min adik angkatnya sendiri. Tanpa berfikir panjang, Joong Ki mendekati mereka itu.~ 

*garisan perantaraan*

No comments:

Post a Comment