Thursday 17 November 2011

*Park+Song=?(Episode Dua)*


Setelah dua saat bertentang mata, muka lelaki itu terus berubah serta merta menjadi muka yang sangat menakutkan. Nina tersentak. Aku ada buat salah ke? Tanya Nina dalam hati.

            “ya, namja!” panggil Nina dengan agak kasar. Nina yang sejak dari dulu lagi tidak betah dengan lelaki yang melihatnya dengan muka yang menakutkan itu. Dia akan terus menjadi kasar. Dan payah untuk berlembut lagi.

            Setelah mendengar suara Nina yang bergema itu tadi, lelaki itu terus keluar ke balkoni itu balik.
            
“what do you want?” Tanya lelaki itu tiba-tiba dengan ada sikit-sikit pelat Korea. Sampaikan Nina
berasa mahu tergelak. Dengan tidak merasa malunya, Nina tergelak besar di depan muka lelaki Korea itu.
  
          “you are so funny! Why do you talk like that?” ujar Nina sambil suka terbahak-bahak.

            “ya, yeoja!” lelaki itu mula naik berang.
         
   “I’m sorry, I think Korean study about English rightly, but I’m wrong!” gelak Nina tadi masih lagi tidak terhenti.

           “just stop laughing at me, can’t you?” lelaki itu cuba untuk menahan berangnya. Tetapi Nina masih lagi gelak sepuas hatinya.
  
          “ok… ok… night…” tanpa menyudahkan perbalahan mereka, Nina meninggalkan lelaki itu seorang diri di balkoni itu. Nina melangkah ke katilnya dan merebahkan dirinya.

           Nina menarik nafasnya berkali-kali. Seronok juga bermain-main dengan orang korea ini. Fikir Nina. Tidak lama setelah itu, Nina terlelap dalam gelakkannya.

Beralih kepada lelaki itu pula,,

            “kenapalah dengan perempuan tadi? Aku menjeling sikit pun dah nak marah? Ish… ish…”(dalam bahasa korea) ujar lelaki itu setelah keluar dari bilik air. Sudahlah aku baru sahaja putus dengan teman wanitaku. Dia pula buat kacau. Fikir lelaki itu lagi.

            “kan lebih senang kalau tiada perempuan dalam hidup aku. Bahagia hidup.” Katanya setelah merebahkan dirinya atas katil.

Trut…trut….trut…

            Deringan dari telefon bimbit. Lelaki itu terus mencapai telefon itu.

Annyeong, Joong Ki-ah… belum tidur lagikah?  

            Telefon dari pengurusnya.

Ani.. kalau saya dah tidur tak adalah pula saya boleh menjawab telefon dari pengurus ni.

            Jawab Joong Ki dengan selamba.

Boleh tak kamu tidur awal sikit! Sudahlah payah untuk kejutkan kamu dari tidur tu!

            Suara pengurus itu semakin kuat sampaikan Joong Ki menjauhkan sikit telefon itu dari telinganya.

Nae, arasso. Annyeong!

            Joong Ki terus meletakkan telefonya itu. Setelah itu Joong Ki terus tertidur.~

End episode dua~~
Alah, bukan best sangat cite nie...
kalau cite nie dah abis, 
Eina akan letak cite lain lak ~~ hee ^^

And Korang, 
Eina nak komen dari korang yeh ~~ 
Ppyong~ <3

*garisan perantaraan*

No comments:

Post a Comment