Wednesday 16 November 2011

*Park+Song=?(Episode satu)*


Story start ~

Park Ni Na dengan nama lainya Nur Nina. Berumur dua puluh tiga tahun. Dia sangat gilakan korea. Sambil belajar, dia mengumpul duit dari kerja sambilanya. Mamanya langsung tidak mengetahui apa yang dia lakukan di Kuala Lumpur itu. Semasa belajar dia payah nak makan kerana mahu simpan duit. Dengan ada abangnya yang tinggal di KL itu juga, Nina tidak teragak-agak dengan meminta duit makan dari abangnya.

Setelah memasuki Universti selama setahun, Nina berfikir untuk membuat passport. Dia pergi ke pejabat emigrisen untuk membuat passport. Nina check up tarikh untuk ke Korea. Nina pilih tiket yang paling murah sekali. Walaupun dia sudah mempunyai banyak duit, tetapi dia tetap berjimat cermat. Mungkin sudah terbiasa.

            Nina memilih untuk pergi pada musim luruh kerana ianya pada bulan sepuluh. Pemergian dia ini tiada siapa yang tahu kecuali abangnya. Itu pun dia hanya bagitahu yang dia mahu ke luar Negara. Mahu melancong katanya.

Setelah sampai Korea,,,

           “hello Korea!” terluah dari mulutnya setelah keluar dari terminal antarabangsa Incheon itu. Tanpa disedari, semua orang yang berada di situ melihatnya dengan muka yang pelik sekali. Tetapi Nina tidak ambil kira langsung pasal itu. Nina meneruskan perjalanannya untuk check in hotel pulak.

            Kali ini Nina tidak berkira langsung pasal duitnya. Dia menyewa hotel yang paling mahal sekali di seoul. Iaitu World Hotel, hotel lima bintang kot!

            “wah! Perfect view, memang tak rugi aku bersusah payah menyimpan duit banyak-banyak.” Terujanya setelah memasuki biliknya yang bertingkat dua puluh itu. Tidak lama kemudian telefonnya berdering. Nina tengok pada skrin kecil telefonya itu yang bertulis

Income call ‘syuhada’

            “aish! Sibuk jelah budak nie. Aku nak berseronok pon tak boleh keh? Sejak kecil lagi kau kacau aku tahu!” ujar Nina kepada telefonnya yang berdering itu.

Ah! Ade ape kau kacau aku?
            
Katanya setelah menjawab telefonnya tadi.

Kau kat mana hah?!
            
Suara yang keluar dari telefon itu sangat kuat sampaikan Nina menjauhkan telefonya dari telinganya.

Wei! Hampir pecah telinga aku tahu! Ape kau nak? Aku kat Korealah!
      
      Jawabnya dengan sedikit melaung. Dia cuba mengawal suaranya kerana dia tahu dia akan mengacau percutian orang lain. Sambil itu, Nina pergi ke tempat tidurnya dan dia terus melompat dan berbaring atas katil yang sangat lembut dan empuk.

Sampai hati kau tinggal aku! Kau kan dah janji ngan aku yang kau akan pergi bersama-sama dengan aku.
     
       Tulah, aku suh kau simpan duit bukanya nak simpan, asyik bershopping jeh. Pandan muka. Fikirnya setelah mendengar rayuan dari kawanya itu.

Sape suruh kau tak simpan duit hah? Hah, sekarang mula lah nak mengadu dengan aku pulak.

            Jawabnya dengan selamba sambil mula langkahnya kembali untuk ke bilik air. Wow, cantik gile!

Wa!! Nak nanges! Sampai hati kau!

            Rajuk Syuhada.

Nangeslah kau nak nanges pon. Kay, dah lah wei, tak rase yang kau akan habes banyak kredit ke kejap lagi? Byep!
  
          Setelah Nina keluarkan kata-katanya tadi, dia terus letak telefonnya. Dia beralih pula langkahnya ke balkoni biliknya. 
Dia menghirup udara yang segar barcampur dengan angin yang sejuk. Sangat indah rasanya. Nina melihat kekanan dan kekiri. Tanpa di sedari dia beralih semula pandanganya ke kanan di mana dia ternampak lelaki segak berpakaian seperti artis itu.

            Nina menatap lelaki itu selama beberapa saat. Wah, handsomenya. Fikirnya tiba-tiba. Tanpa disedari lelaki itu juga memandang ke arahnya. Dia terus pandang ke arah lain. Lelaki itu kelihatan begitu sedih. Tidak tahu apa sebabnya, tetapi dengan tempat yang cantik macam gini ada juga yang berduka yeh. Ish… ish… ish… fikir Nina.

           Nina pandang sekali lagi kearahnya, tetapi kali ini mereka bertentang mata. Macam kenal saja lelaki ni, tetapi siapa ya? Nina cuba untuk mengingatinya. ~

End Episode Satu ~
hehe ^^ nie baru satu.... Eina akan tulis lagi nanti...
Macam mana best taa? 
kalau best komen lha yeh! 

Eina sangat nantikan komen anda~~
<3 u ~


*garisan perantaraan*

No comments:

Post a Comment